TRUSANKITANI.COM <$BlogMetaData$>
 
UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA BERGAMBAR | KELUARGA KITANI | AGAMA | KOMEN BISKITA | ARKIB |  NOSTALGIA | HUBUNGI |
Selamat Datang ke Laman Blog kitani.

Di Trusan, Lawas, Sarawak, Malaysia

WAGA TUA KITANI
MUTIARA IMAN
Mu'az bin Jabal Berkata:
"....Mencari Ilmu adalah Ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."

INFO SOLAT
PROJEK JAMBATAN TRUSAN
PROJEK BENTENG SG. TRUSAN
NOSTALGIA KAMPUNGKU

PETIKAN AKHBAR
PENGUMUMAN
Sila Tinggalkan Pesan
Trusankitani Lawas


kitchens brisbane

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA PELAJAR-PELAJAR KITANI DI SK TRUSAN  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARI KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   NIKMAT HANYA AKAN DIRASAI SELAPAS ADANYA SENGSARA   *   MENGAPA KITA PERLU MENGATAKAN YA KEPADA YANG HARAM DAN SUBAHAT, SEDANGKAN DAHI KITA SUJUD,MULUT KITA BERTASBIH DAN HATI KITA BERZIKIR KEPADA ALLAH..APAKAH KITA MASIH RAGU AKAN JANJI ALLAH!   *   

Pekan Trusan dalam tahun70an
SEJARAH BERMULA
Menurut cerita orang tua-tua, Trusan telah wujud seawal tahun 1900an lagi. Dulunya Trusan adalah merupakan penempatan orang Lun Bawang yang tinggal berselerak di persekitaran pesisiran sungai Trusan. Suku kaum ini tinggal berselerak mengikut kumpulan masing-masing dengan diketuai oleh seorang ketua. Pada ketika itu kumpulan ini tidak tinggal menetap di satu tempat. Mereka sentiasa berpindah randah mengikut kesesuaian tanah dimana membolehkan mereka bercucuk tanam dan sumber rezeki dari hutan dan binatang. Ini juga adalah demi keselamatan kumpulan masing-masing. Pada masa itu menurut cerita yang didengar, kumpulan-kumpulan mereka ini sentiasa bersaing dan saling cuba mengatasi antara satu sama lain. Inilah yang biasa disebut pada masa itu sebagai peristiwa 'Ngayau' atau 'Potong Kepala'. Bagi mereka adalah setu kemegahan dan tanda kepahlawanan jika dapat memotong kepala musuh dan sebagai bukti kekuatan puak masing-masing. Biasanya untuk membuktikan mereka telah memotong kepala pihak lawan, kepala yang dipotong akan dibawa pulang dan disimpan sebagai koleksi sementara rambutnya akan dipotong serta diikat pada hulu perang yang diggunakan untuk memotong kepala tersebut. Peristiwa ini juga turut dikenali sebagai 'Pengait' semasa kami masih kecil dahulu.Antara peristiwa penting dalam sejarah Trusan menurut cerita lisan yang telah disampaikan oleh orang tua-tua di kampung ini seperti Nenek Kudus, Nenek Ibrahim dan Tuan Imam Pg. Hj. Harun bin Pg. Hj Gani ( Kesemuanya telah meninggal dunia ) kepada penulis semasa kecil dahulu ialah peristiwa pelayaran Beginda Sultan Brunei Almahrum Begawan Sultan Sir Omar Ali Saifuddin yang ketika itu memerintah Negara Brunei Darussalam sekitar 1920an. Beginda diceritakan telah belayar memasuki Kuala Trusan hingga ke Long Tengoa.Pada ketika itu Trusan, Lawas dan juga Limbang masih lagi dianggap sebagai sebahagian wilayah Negara Brunei. Disitulah menurut cerita Trusan mendapat nama. Sebelum itu Trusan hanya dikenali sebagai ‘Kubu’ oleh orang yang pernah melawat kawasan ini di sekitarnya. Ini kerana di sini terdapat sebuah kubu yang digunakan oleh pihak Inggeris ( pemerintahan Keluarga Raja Brook ) untuk mengawal kawasan ini dari serangan musuh.

PENEMPATAN TERAWAL
Dipercayai ketika itu Trusan adalah kawasan terawal dibina penempatan sebelum Lawas. Kubu ini terletak di bukit Banganga yang juga menghadap ke sungai Trusan. Di sini ditempatkan dua buah meriam untuk tujuan pertahanan. Menurut cerita, di Kubu inilah pegawai Inggeris membuat pejabat pentadbiran sehingga pada akhir tahun-tahun 1930an, sebelum berpindah ke Lawas kerana kesukaran untuk bertahan selepas diserang oleh penuduk tempatan bertubi-tubi. Bangunan ini masih kekal hingga ke hari ini dan dijadikan pusat pentadbiran kerajaan yang juga dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil Trusan. Namun tidak ada disebutkan dengan jelas siapakah mereka tokoh yang merancana pemerontakan pada ketika itu.

TRUSAN DAPAT NAMA
Berbalik kepada cerita perjalanan Beginda Sultan Brunei tadi, dimana beginda dan rombongan diraja telah menyusuri jauh melalui sungai Trusan hinggalah sampai ke sebuah tempat. Beginda menitahkan rombongan tersebut berehat sebentar dan mendarat untuk mendapatkan bekalan makanan sambil meninjau suasana perkampungan yang sudah wujud ketika itu. Setelah mendapatkan bekalan hasil persembahan dari penduduk tempatan ketika itu, beginda meminta pendapat para pegawai yang mengiringi beginda sama ada perjalanan ini diteruskan atau pun tidak. Namun para pegawai tidak berani untuk membuat keputusan dan akhirnya beginda sendiri bertitah untuk meneruskan perjalanan hingga ke hulu dan dipercayai baginda dan rombongan telah sampai hingga ke Long Tengoa sebuah penempatan yang didiami oleh suku kaum Tagel. Disitulah beginda menamakan tempat ini sebagai Trusan iaitu berasal dari titah beginda ”taruskan saja”. Juga menurut cerita perjalanan beginda ini memakan masa lebih enam bulan dan ketika berangkat balik ke Brunei beginda menitahkan Pengiran Dato Mohamad iaitu salah seorang rombongan beginda tinggal di sini dan membuka penempatan. Sehingga kini sebagai mengenang jasa beliau sebuah kampung telah di namakan sebagai Kampung Dato Pengiran Mohamad iaitu kampung asal dimana beliau memulakan penempatan. 

ZAMAN JEPUN
Trusan di zaman Jepun tidak kurang sengsaranya. Dikatakan ramai penduduk kampung lari ke dalam hutan. Dimana ketika itu ramai pemuda telah dikerah untuk menjadi buruh paksa dan dihantar ke Labuan. Sebahagian remaja pula ada yang sempat bersekolah Jepun. Walaupun tempoh pemerintahan Jepun hanya lebih kurang dua setengah tahun namun ianya dirasakan amat sengsara. Anak gadis seawal 9 hingga 13 tahun terpaksa dinikahkan kerana takut diambil oleh tentera Jepun. Dipercayai kalau anak gadis yang sudah berkahwin tentera Jepun tidak akan mengambil dan mengganggunya.

TRUSAN JADI TUMPUAN
Sekitar tahun-tahun 1970an dan 1980an Pekan Trusan merupakan pekan yang agak penting dimana ianya merupakan pusat pertemuan pedagang-pedagang di daerah sini. Pedagang dari Kuala Lawas, Punang, Sundar dan Merapok berkumpul di sini untuk memasarkan hasil pertanian dan tangkapan mereka. Mereka yang hendak ke Brunei terpaksa ke Trusan terlebih dahulu kerana di sini saja ada terdapat pengangkutan untuk ke sana. Bot laju atau ’speed boat’ kata orang tempatan ada menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan perjalanan sekali sehari. Perkhidmatan ini dapat mengangkut 18 hingga 20 orang penumpang sekali perjalanan disediakan oleh Tauke Beng Sing atau dikenali sebagai ’Sising’ oleh orang sini. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 hingga RM15 seorang.
Pekan Trusan Tahun 1998

Tamu minggu di Trusan pada ketika itu adalah merupakan tamu yang paling besar di Daerah Lawas ini. Ianya menerima kunjungan para peniaga hingga dari Sabah. Tamu diadakan dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dikenali sebagai ’Tamu Damit’ dan Khamis pula ’Tamu Basar’. Sebelum adanya jalan raya ke Pekan Sundar penduduk dari sana terpaksa menggunakan sampan untuk mudik ke pekan Trusan bagi menjalankan aktiviti perniagaan, membeli belah atau menghantar anak bersekolah di Hight School yang merupakan satu-satunya sekolah peringkat tinggi di Lawas. Ini kerana hanya ada satu saja jalan (berbatu) dari Trusan yang boleh sampai ke Lawas pada ketika itu. Pada masa itu hanya ada sebuah teksi kepunyaan Lau Che Hang dan sebuah bas Tauke Ayau (Siayau) sahaja yang memberi perkhidmatan membawa penumpang ke Lawas. SMK Trusan hanya dibina dan digunakan pada sekitar pertengahan tahun 1970an.



PEKAN KOBOI
Sekitar akhir tahun 1980an, suasana sudah mula berubah. Jalan Sundar sudah siap dibina, menyebabkan orang Sundar tidak lagi singgah di Trusan tetapi terus ke Lawas. Perkhidmatan speed boat tidak lagi mendapat sambutan. Trusan mula sunyi dan tamu sudah jarang diadakan. Walaupun ada diadakan tetapi tidak ramai yeng mengunjunginya. Tamu di Pekan Sundar pula diadakan pada setiap hari Jumaat dan tamu di Lawas pada hari Sabtu mengambil peranan tamu Trusan yang telah lumpuh. Akhirnya pekan Trusan terus longlai seperti sebuah pekan koboi selepas perang, sunyi dan tidak bermaya. Kini ianya tinggal satu kenangan untuk diceritakan kepada genarasi akan datang dan Pekan Trusan kini hanyalah sebuah tempat lintasan untuk mereka yang datang dari Brunei ke Sabah atau sebaliknya.

HARAPAN BARU
Pun begitu Pekan Trusan seperti pekan-pekan lain, tidak kurangnya telah mula berubah dan menerima arus pembanggunanya tersendiri. Kini sudah ada bangunan baru, Dewan Masayarakat, Perpustakaan, Klinik Desa dan akan datang ialah sebuah Jambatan merentangi sungai Trusan bernilai jutaan ringgit. Diharap dengan adanya projek pembangunan ini akan menjana semula kemeriahan pekan ini saperti yang pernah dilaluinya di masa-masa lalu.


TRUSAN DARI SUDUT LAIN
Dalam tempoh lebih sedekad Trusan mengalami banyak perubahan daripada sebuah pekan "koboi" kepada pekan yang bangkit dari tidur lena. Pekan ini pernah menjadi tumpuan pedagang-pedagang yang datang dari negara Brunai kerana sungai Trusan adalah yang paling strategik dan sebagai mode perhubungan dari empat penjuru iaitu dari Sundar dan kampung-kampung persisiran (Utara), Lawas (Timur), dan perkampungan Lun Bawang di sepanjang Sungai Trusan (Selatan) dan Limbang dan Brunei (Barat).

Zaman Gemilang Trusan
Atas kedudukan strategiknya sebagai 'trading centre', Trusan mempertemukan dan mengasimilasikan etnik-etnik yang terdapat di sekitar Daerah Lawas iaitu Melayu, Kedayan, Lun Bawang, Cina dan Tagal. Assimilasi disini dimaksudkan khas mengenai budaya dan pertuturan diantara etnik. Sejarah juga membuktikan, bahawa daerah yang mula-mula ditakluki oleh James Brooke ialah kawasan lembah Trusan pada 1885. Pada awal 70an, Trusan sudah menjadi pusat persingahan antara sempadan Malaysia-Brunei keranan di sinilah terdapatnya pangkalan speedboat sebelum diambil alih oleh Punang pada pertengahan tahun 70an. 


Kejatuhan Trusan

Apabila Punang mengambilalih peranan sebagai pusat perhubungan Brunei-Lawas pada pertengahan 70an, Trusan terus longlai dan ramai anak-anak muda yang berhijrah ke negara jiran untuk menyara hidup. Semangat Pekan ini bertambah ranap setelah ranapnya deretan kedai oleh satu kebakaran besar pada Januari 1982. Pada pertengahan 80an Punang juga menerima nasib yang sama setelah Lawas membangun dengan pesatnya dan dengan terus mengendali pehubungan sempadan Lawas-Brunei.


Lanskap Baru
Tetapi sekarang, Trusan, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Sabah-Sarawak, bukan sahaja menjadi laluan penghubung antara Sarawak-Sabah, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Lawas-Temburong-Limbang- BSB Brunei melalui Jambatan yang sepanjang 420X10.2 meter. Dengan siapnya pembinaan Jambatan baru pada September 2009, adanya pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ), ramai yang melihat landskap Trusan bakal berubah dengan lebih pesat. Selain sebagai nadi perhubungan, Trusan juga akan menjadi talian hayat bagi seluruh Daerah Lawas. Siapnya nya Logi Rawatan Air di sini akan menrealisasikan selesainya masalah air. Seorang penduduk tempatan yang kagum dengan perubahan yang dilalui di Trusan berkata kepada Bernama, dengan kehadiran pembangunan itu rakyat dapat menikmati peluang pekerjaan dan tawaran kehidupan yang lebih berkualiti.Usaha  mengubah landskap Trusan sudah lama berputi disanubari pemimpin. Projek seperti membina benteng sungai, pembinaan rumah kedai baru, pembinaan Jalan raya Trusan-Sinampuan. Trusan juga pesat membangun dengan adanya ladang kelapa sawit serta bantuan infrastrukturnya.



Perhatian : Artekal ini ditulis adalah daripada pengalaman sendiri penulis dan seperti apa yang telah diceritakan oleh nama-nama yang disebut di atas secara lisan. Secara ilmiah ianya bukanlah mempunyai sumber rujukan yang tepat untuk mencatatkan sejarah namun sekiranya pembaca ingin berkongsi maklumat dan cerita tersendiri mengenai sejarah Trusan ini, pihak kami adalah sangat-sangat megalu-alukan sumbangan tersebut baik dari segi fakta, idea maupun gambar-gambar berkaitan. Mohon maaf sekiranya terdapat banyak kesilapan dalam penulisan artekal ini.
 
GAMBAR DAN PERISTIWA
     
 

    
DARI PENULIS BISKITA
BISMILAHIRAHMANIRAHIM.
Assalamulaikum warah matullah hiwabar katuh.. dan salam Sejahtera
Kepada pembaca yang sudi menjenguk laman blog ini terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih. Kini genap setahun blog ini di arena global. Dari pencerapan yang dibuat ia bukan saja dikunjungi oleh orang kitani malahan juga turut dikunjung oleh orang luar seperti US, Austrlia, Singapura dan Nagara Brunai Darussalam. Walaupun jumlah kunjungan tidaklah sebegitu hebat namun setakat ini ianya telah melebihi 2600 pengunjung. Sebagai blog kecil yang tidak popular seperti ini, ianya sudah cukup baik dan memberangsangkan.
Tujuan asal blog ini dibuat ialah sebagai mengetengahkan Trusan ke mata dunia. Disamping itu menjadi majalah dan sumber maklumat kepada warga ketani disamping dapat mengasah bakat berkaria dikalangan anak tempatan. Oleh itu saya menjemput sesiapa yang ingin menyumbang idea dan maklumat untuk ditambah ke dalam laman ini. Namun segala bahan yang dihasilkan biarlah yang mempunyai unsur maklumat dan santai. Saya sentiasa cuba mengelak sebarang unsur yang kurang bermanafaat, menyentuh secara khusus keperibadian dan tingkah laku seseorang, cendrong kepada politikus tertentu atau sensitviti agama. Sekiranya pun berlaku sedemikian, saya tidak bermaksud kearah itu, mungkin cuma secara kebetulan yang tidak disengajakan. Bak kata pepatah "Yang Benar itu Pasti Benar, Yang Salah Itu Tetap Salah".
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut menyumbang idea, mengkritik dan memberi saranan membina. Semua itu akan tetap saya pertimbangkan selagi tidak lari dari matlamat sebanar saya membina blog ini. Namun untuk memuaskan semua orang pestinya agak sukar dan sudah pasti saya akan melakukan apa yang terdaya. Namun sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan ianya adalah datang dari kelemahan dan kekurangan saya sendiri. Oleh itu saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada biskita semua. Dan setentunya juga saya memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa tersebut serta sentiasa membimbing saya dalam rahmatnya hingga ke akhir hayat amin...

Selamat Melayari Trusankitani!


MOKTAR BIN JAMAN
Kampung Tengah Trusan>
IKLAN PERCUMA

PENAFIAN

Segala idea, tulisan dan maklumat yang dipaparkan dalam laman ini adalah idea asli dari penulis atau diambil terus dari sumber yang diberikan rujukkan untuk makluman pembaca. Ianya hanyalah merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili mana-mana organisasi, parti politik maupun kerajaan. Oleh itu penulis memohon maaf sekiranya ada sebarang pandangan atau komen tidak memihak kepada orang tertentu dan menyinggung perasan atau mencuit hati khayak pembaca. Sekali lagi mohon ampun dan maaf.

Paparan terbaik ialah 1024px X 768px. Sila Guna IE6 ke atas dan Monzilla Firefox Versi Terkini